Wednesday, November 21, 2012

Indahnya alam.

Indahnya pemandangan ini di waktu pagi.Rasa tenang sejenak.Inilah yang aku idamkan.Duduk menghadap keindahan ciptaan Allah.Sungguh menenangkan jiwa.Selalu aku mengimpikan untuk singgah di  tepi sawah kawasan tempat tinggalku,tapi baru hari ini tercapai.
Kawasan ini penuh dengan suasana sawah padi dan kawasan nelayan menangkap ikan.
Penaga,Penang...mungkin ramai yang tak tahu di mana letaknya kawasan ini.Aku jatuh cinta dengan tempat ini memandangkan kawasannya kebanyakan orang Melayu dan Mamak di sini dan minoriti Cina dan India.Kawasan yang sibuk dengan aktiviti jual beli di waktu pagi dan malam.Kawasannya kecil sahaja tetapi sangat mendamaikan.Orang-orang di sini amat peramah.Aku memang sudah jatuh hati dengan kawasan ini aehinggakan aku mengambil keputusan membeli rumah di sini.Aku ingin jadi warga Penaga.:-)

No comments:

Post a Comment